Ahad, 22 Ogos 2010

Adat Mandi Anak Iban di Sarawak



Orang Iban amat percaya bahawa setiap unsur yang wujud di bumi ini mempunyai peranan masing-masing. Gelaran Sea-Dayak yang diguna pakai oleh British untuk memanggil Orang Iban iaitu amat sesuai dengan keadaan orang Iban yang pada zaman dahulunya tinggal di sekitar pinggir sungai yang berfungsi sebagai jalan penghubung dari satu tempa ke tempat yang lain atau laluan pengangkutan air selain menjadi fungsi asas dalam kehidupan harian masyarakat Iban. Oleh itu, orang Iban amat percaya bahawa di dalam sungai wujud pelbagai jenis semangat (roh) yang menjadi penunggu atau penjaga sungai. Perihal ini akan dibuktikan melalui rangkap mantera (sampi) memandikan anak sebentar lagi.

Semestinya, memberi mandi anak atau bayi bagi masyarakat Iban merupakan satu kemestian kerana hal ini dapat mengelakkan anak mereka ditimpa oleh kejadian yang tidak diingini semasa berada di kawasan sungai pada suatu hari kelak. Upacara ini diadakan sebaik sahaja anak itu diberi nama. Upacara memandikan anak ini adalah sebagai satu simbolik kepada kehidupan masyarakat Iban yang mempercayai bahawa dewa segala sungai dan air yang digelar Sera Gindi yang akan melindungi anak tersebut dan juga disebut sebagai perjanjian dengan makhluk air supaya menyelamatkan anak tersebut daripada mendapat kecelakaan di dalam sungai seperti karam, lemas, dan sebagainya.

Secara kronologinya, upacara tersebut dimulakan dengan perihal perarakan membawa bayi ke sungai. Terdapat beberapa protokol yang harus diikuti semasa melalui proses ini yakni terdapat empat orang yang utama dalam mengiringi perarakan tersebut itu. Empat orang yang dimaksudkan ialah dua orang lelaki yang akan berada di barisan hadapan sekali di mana lelaki yang di hadapan sekali akan membawa panji-panji yakni disebut tambai dalam bahasa Ibannya. Lelaki kedua pada barisan seterusnya pula ialah seorang pembaca mentera. Pada baris ketiga, didapati dua orang perempuan akan berjalan beriringan. Seorang perempuan akan membawa ancak manakala seorang tadi akan menyandang bayi itu dengan sejenis pua tenunan yang dinamakan pua belantan. Kedua-dua orang perempuan tadi mestilah tergolong dalam golongan wanita yang subur dan tekun bekerja. Pada barisan yang terakhir sekali barulah orang-orang ramai yang menyertai perarakan tersebut bersama dengan para pemukul gendang dan gong. Gendang dan gong akan dipukul secara bertalu-talu dan nyaring dengan tujuan agar tidak dapat mendengar bunyi burung (burung-burung tertentu) yang pastinya kelak akan memberi petanda yang tidak baik kerana pantang bagi masyarakat Iban mendengar bunyi burung apabila meraikan sesuatu upacara yang melibatkan ritual dan spiritual dalam kehidupan.

Sejurus tiba di sungai, upacara pun berlangsung dengan penuh adat. Pembaca mantera akan menyebut mantera (sampi) yang berbunyi :

“Oh Hoi! Oh Hoi! Oh Hoi!

Sa, Dua, Tiga, Empat, Lima, Enam, Tuuuuu

uujoh.
Ni kita Seragindi ke dulu ngaga ai ke bepati enda sebaka nanga?
Ni kita Seragindah ke dulu ngaga tanah ke betingkah nyadi kerapa?
Ni kita Seragindong ke dulu ngaga tanjong betuntong dua?
Ni kita Seragindie ke dulu ngaga hari ke terunji petang kelita?
Ni kita Seragindit ke dulu ngaga langit nungkat neraja?

Nyadi pagi tu kami meri bala anak kami mandi.
Kami endang nitih ka pekat, nitih ka adat.Kami endang nitih ka adat kelia, adat menya.
Kami endang nitih ka adat aki, nitih ka adat ini kami.
Nya alai kami minta sida iya bidik, minta sida lansik.
Kami minta sida kaya, minta sida raja,
Kami minta sida iya jelai rita, tampak nama.Kami minta sida lantang, minta sida senang.
Kami minta sida iya pandai, jauh pejalai.

Oh Ha!
Ni kita Raja Ikan, Raja Gamian?
Ni kita Raja Tapah, Raja Semah?
Ni kita Raja Adong, Raja Kulong?
Ni kita Raja Genali, Raja Lelabi?
Ni kita Raja Gumba, Raja Baya?

Kami ngasoh kita nyaga, ngasoh kita ngemata,
Kami ngasoh kita meda, ngasoh kita ngila,
Ngasoh kita ngiching, ngasoh kita merening,
Ngasoh kita nyukong, ngasoh kita nulong.
Nyangka ka dudi hari ila anak telesak,
Uchu ambu kami tu bisi bejalai, bisi nyemberai,
bisi karam, bisi tengelam.Kami minta kita nanggong,
minta kita melepong ka sida.
Kami ngasoh kita nyagu,
minta kita ngintu sida.
Awak ka sida pulai nyamai, pulai gerai,
Pulai lantang, pulai senang,
Pulai nadai apa, nadai nama.”

Di manakah kamu Seragindi yang menciptakan air,

Di manakah kamu Seragindah yang menciptakan tanah,

Di manakah kamu Seragindung yang menciptakan tanjong,

Di manakah kamu Seragindee yang menciptakan hari,

Di manakah kamu Seragindit yang menciptakan langit,

Pada pagi ini kami ini memberi si polan ini mandi,

Menurut adat istiadat kita dahulu kala,

Kami memohonkan kamu mengurniakan dia berkat,

Mengurniakan ia darjat.

Supaya ia selamat dan mendapat rahmat,

Hidup di dalam dunia.

Di manakah kau raja ikan, raja gemian,

Di manakah kamu raja semah, raja tapah,

Di manakah kamu raja lelabi, raja genali,

Di manakah kamu raja adung, raja kulung,

Raja buaya, raja gumba,

Sekiranya anak ini esok atau pun lusa,

Terjadi karam atau tenggelam,

Dikau diharap menanggung atau menolongnya,

Supaya dia balik dengan selamat dan rahmat,

Sihat dan walafiat.

Selepas tamat membaca mantera, si pembawa panji tadi akan menetak air (netak ai) dengan menggunakan sejenis parang yang disebut duku sebanyak tujuh kali yang memberi signifikan untuk tujuan menghalau (muru) benda-benda halus di dalam sungai. Semasa perihal menetak air ini dijalankan ayam yang dibawa tadi telah disembelih untuk tujuan dijadikan korban yang akan dipersembahkan kepada dewa Sera Gindi. Terdapat lima piring (makanan permujaan) yang akan disembahkan kepada Sera Gindi, dan dua biji pinggan yang mana sebiji pinggan akan dibuang ke dalam sungai manakala sebiji lagi dibawa balik ke rumah. Pinggan yang dimaksdukan ialah pinggan kaca atau pinggan batu. Pinggan ini adalah dijadikan sebagai tanda bahawa anak kecil itu telah membuat perjanjian kepada dewa sungai dan nescaya pada suatu hari nanti jikalau dia mendapat kecelakaan di sungai maka dewa-dewa sungai akan membantu dan menyelamatknya.

Berbalik kepada perihal ayam yang telah disembelih tadi, darah ayam itu pun dicalitkan ke kepala bayi tadi dengan menggunakan sebatang bulu ayam yakni yang disebut sebagai genselan. Kepala ayam yang telah disembelih tadi diletakkan di dalam gersang ( sebatang buluh yang telah dibelah-belah pada bahagian atasnya ). Signifikan terhadap perihal ini ialah sebagai tanda bahawa bayi tersebut telah bersumpah kepada raja dewa sungai. Gersang tadi akan ditanamkan di tepi sungai. Selepas perihal menyembelih ayam tadi, bayi tersebut terus dimandikan ( sungga ) di sungai yang bercampur dengan darah ayam tadi. Setelah bayi tersebut diberi mandi, dan kalau ia lelaki sayap ayam tadi akan diikat dengan benang merah dan digantungkan pada galah berayang. Kalau ia perempuan, sayap ayam itu digantung pada galah laletan.

Upacara di sungai pun berakhir dan perarakan balik diadakan seperti susunan waktu pergi ke sungai tadi. Sekali lagi gendang dipukul dengan kuat kerana risau kedengaran dek bunyi burung. Setelah tiba di rumah, ibu bayi tersebut memangku anaknya dan mereka berdua telah didudukan di atas tawak di tenagh ruai. Ibu dan bayi tersebut diselimutkan dengan kain pua kumbu. Kemudian anak dan ibu tersebut dipercik dengan air yang telah dicampur dengan emas dan perak seperti cincin dan ringgit dan juga pati batu yang telah direndamkan di dalam bekas air percikan tersebut. Batu yang direndam itu merupakan batu penawar burung yang disebut batu penabar burong yakni batu yang berunsur sakti oleh masyarakat Iban. Selepas itu, upacara bebiau pun berlangsung. Mantera biau tersebut berbunyi :

Nya alai tuboh tu endang udah maioh,

Kaban endang udah kena pesan,

Ari tu endang udah dianti,Antu endang diasoh nemu,
Selampandai endang diasoh datai,
Selempeta endang diasoh meda,
Petara endang diasoh ngemata ka pengawa kitai.O-Hoi! O-Hoi! O-Hoi!

Nama utai tak ngakak munyi tajai,
Tak ngembau munyi ruai,Malai di tatai balai gambang,
Tak nidit munyi landai,
Tak nyapa munyi orang.

Nama utai ka meletup munyi bedil,
Tak temegum munyi bandir.
Nama utai ke meraok munyi kijang,
Tak merap munyi bruang.

Oh… nadai nya utai ditanya,
Nya ga munyi tempap manok kepiat,
Nempap selingap selangka dada,
Kukok manok jagok ke engkukok inggar didinga.
Nya ga tegu iko manok kelabu,
Ke merundu lebat nyelabaya.
Nya ga manok labang ngambi mansang,
Manok tawai ngambi nandai,
Manok pagah datai madah ka seru jako pekirum pesan anak mensia.

Nya alai aku tu ngangau ka orang,
Ti di batu jarua kena pansa beras kuning,
Pandang perenching jalai raya,
Dibandong engkeramba gaga Keling,
Ke landik bepencha sasipa nyaga kota,
Nait ka bukit lubang sawa,
Numbok ka tuchong sandong gemala,
Ke segenda tampak terang.Nya menoa dipangkang Santukan Buban,
Brumah di tengan pintu bulan,
Kejeman nyelam rau,
Ka dua bali nama Sempiti api,
Ngemata ka kunchi seput saribu.
Nya pan kena tesau, kena kangau,
Kena tunggah, kena padah,
Kena kumbai, kena sanggai.

Ni kita ka di dan tegelam pugok,Ke pesok teling-teling,
Begamal lenok-lenok baka penudok wouk empeliau arang,
Bungkong ngembong, bungkong pesok,
Tebok bubok kumbang nerantang.
Nya menoa dipangkang Selandik,
Tukol setik bekaul takang,
Kadua bali nama Salenda tukol tempa,
Ke betempa rentang-rentang.Nya alai Selampandai tuai manang,
Pan udah ga diambi aku nandai nurun ngabang.

Agi ga aku ngangau orang di lempa tebelian pungga ngelema maioh arang,
Tinggang kerang brangan padi,
Kadua nama di tuchong rintai benong peti menanyi.
Nya menua dipangkang Selampetoh,
Betuboh maioh ngamboh mulai,
Dipangkang Selampeta panempa ngaga kitai.

Nya alai udah datai meh bala Selampandai,
Udah besarok dudok berintai baka tangkai jelai pengerang.
Udah betugong baka adong,
Ngambu ngentong di sambong jala baru.
Nyau udah betugong maioh,
Baka beloh lubok dalam,
Ngambu nyelam di krangan ai chiru.

O-Hoi! O-Hoi! O-Hoi!

Nama kabuah kita nesau, kita ngangau?
Nama kabuah kita ngumbai, kita nyanggai?
Nama kabuah kita nungah, kita madah?
Pia deh ko Selampandai.

Eh! Kami tu bisi kabuah alai ngangau ka kita.Kami tu ga bisi begelumu, bisi begulu.
Kami ngasoh kita mensiang batang tapang,
Tumboh di pampang jalai raya,
Ngambi ka berebut tepan singut.
Kami ngasoh kita melepa batang kara,
Ngambi ka menyala pansut bunga,
Enda begiut puput ka ribut.Ngasoh kita ngidup ka ipoh,
Meda enda agi munoh,
Ngambi ke bebali pulai bisa,
Bal di nyawa, pait di mulut.
Kami tu minta tulong, minta sukong,
Minta imbai, minta gulai kita.
Ngasoh kita miau anak miau telasak,
Miau uchu, miau ambu kami.

Oh.. enti bakatu nama kabuah kami enggai.Kami ka dulu nempap sida dara nelap,
Ngasoh bisi selingap selengka dada.
Kami ke dulu nempik lang burik,
Ngasoh bisi begilik leka mata.
Kami ke dulu ngerejang sida anak lantang,
Ngasoh bisi selambang lubang nyawa.
Kami ke ngaga idong antara mata,Ngaga dilah antara nyawa,
Ngaga punggong antara pa.

Nya alai batu teladok tanah itam,
Enggau paputan kayu ruan bisi ga kami mai,
Selap pakan tekalong kangkang.

Teladok batu peputan nyepu,Belabu ka bulu manok sidu, bisi ga kami mai,
Besiong ka lumpong buloh balang.

Nya alai kepai-kepai, kinda-kinda,
Bunsu Selampandai seduai Selampeta,
Miau ka selanjau manok lia,
Iya ga miau lantang buah timang anak engka,Ngupas tuboh ke lelingoh baka bela.
Nya alai enti nuan nyau besai jemah ila,
Endang disadang sida menimang karong mengua,
Baka perapang pedang tempa,
Mantap mansa nampil ka janga bau nukang.

Nya alai kepai-kepai, kindong-kindong,
Selampandai tuai seduai Manang Chelong,
Miau ka selanjau manok tuntong.Iya ga aku miau nuan uchu ambu,
Telesak anak di-indong.
Aku ga ngupas tuboh nuan,
Ngambi ka kukoh gamal gagendong.
Diatu nuan agi di sengkidang sida manimang karong kerubong,
Enggau ampang menyeti bali belumpong.Tang enti nuan udah besai benong leligong,
Endang disadang sida menimang karong kerubong,
Megai perapang pedang bejengkong enggau enteran sangkoh agong,
Ngentong bradong ruang belakang.

Nya alai nuan tu udah kena tepas, kena kupas,
Kena eyas, kena kendas kami matai,
Kami Selampandai tukang milai,
Selampeta tukang nempa.Nya alai enti nuan nyau besai benong jemanta,
Endang disadang sida mengua karong berada,
Bebasa enggau china, bepangan enggau tuan,
Be-aku’ enggau Datuk lalu bekelala enggau minister.
Tu kami Selampandai Tuai Selampeti api,
Deka pulai ngagai menoa kami di tisi langit lati,
Baka pua lebor api mansau tisi benyaang punggang.
Tu kami Selampandai Tuai Manang Chelong,Nyau be-ati deka pulai ngagai menoa kami di kebong langit landong,
Lepong-lepong baka sempayong pagar bintang.
Letap-letap kantok emperingat,
Kami Selampandai Tuai Manang Rechap,
Deka ninggal ka ubat.
Kami ninggal ka batu lua sawa, panggum engkeruda.
Tu ga ubat gayu, ngambi ka gayu nguan menoa.Kami ninggal ka keruntok tandok rusa periga,
Enggau taring uting lunchik juring babi menoa,
Ditinggal ka ba nuan deh lantang anak sendia,
Tau dikena nuan besekula,
Ngambi ka nuan enda berasai macha,
Bulih degree ari university bansa.
Nya alai batu takang bintang tiga,Enggau batu selan bulan pernama,
Pan ditinggal ka aku ba nuan anak raja,
Kena nuan bekira ngalah ka china menang bedagang.
Nya alai selingkar akar randau bebelit,
Enggau batu buku semambu bepiet,
Ditinggal ka aku ba nuan,
Kena nuan ngiga duit,Awak ka merenchit ninggang burit gudang wang,
Awak ka nuan baka langit bisi kebong,
Baka bukit bisi tuchong.
Nuan ditanggong Manang Chelong ngagai batu anggong,
Ngambi ka beruntong nguan menoa.
Dipanggai ka Manang Matai,
Ngagai batu chanai,Ngambi ka tebantai jadi raja.
Disagu ka manang bidu,
Ngagai batu pampang saribu,
Ngambi ka gayu guru nguan menoa,
Gayu ko Sentuku,
Grai ko Selampandai,
Nadai apa ko Petara.

Angkat mengkajong nuan/kita bujang lempong,Ngagai batu anggong lepong-lepong nampok di Tuchong Rabong Benama.

Setelah selesai upacara tersebut, maka kenduri pun dilangsungkan (begawai ke anak mit). Kenduri ini telah dijalankan dengan menjamu tetamu-tetamu tersebut dengan makanan dan minuman wajib yakni tuak .

0 ulasan:

Catat Ulasan