Masyarakat rungus merupakan salah satu etnik yang kebanyakan tinggal di daerah Kudat merangkumi Pitas dan Kota Marudu. Masayarakat Rungus pada asalnya merupakan masayarakat petani yang menanam padi, jagung, segala jenis ubi kayu dan pelbagai jenis sayur-sayuran selain menternak binatang seperti ayam , kerbau dan lain-lain.
Mereka terkenal dengan hasil-hasil kerja tangan atau kraftangan terutamanya dalam menghasilkan barang-barang yang diperbuat daripada tembaga, seramik, gong dan manik. Sebagai contoh pinakol. Pinakol merupakan susunan mamanik-manik halus yang diselimpangkan didada si pemakai . Ia memiliki corak atau motif manusia , bunga dan binatang seperti cicak.Pakaian tradisional masyarakat Rungus mempunyai pelbagai warna yang mampu menambahkan seri si pemakai.Bagi kaum Rungus , banat yang merupakan pakaian yang ketat dari paras bahu hingga ke paras pinggang dan dijahitkan dengan sehelai kain empat segi serta diletakan butang. Pada bahagian tengah kain itu dibuat satu belahan untuk memudahkan bahagian kepala memasuki banat.

0 ulasan:
Catat Ulasan