Ahad, 22 Ogos 2010

Masyarakat Lun Bawang / Lun Dayeh


Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the interior ). “Lun” bermaksud orang manakala “Bawang” membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku kaum yang terdapat di Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4% daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996). Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut kerana kedua-dua etnik ini hampir sama dari beberapa aspek. Terdapat beberapa jenis etnik yang sinonim dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun Bawang yang dikenali di Sabah, Lun Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar kawasan hilir sungai (downriver). Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di sekitar bahagian Lawas, Limbang; Trusan; Kalimantan, Indonesia; dan Temburong, Brunei yakni di tengah kawasan pedalaman Borneo.

Lun Bawang pada masa dahulu merupakan masyarakat yang dikenali sebagai pahlawan yang berani, penyerang, dan pemburu kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan masyarakat ini tinggal di kawasan pedalaman di tanah tinggi, ini telah memudahkan mereka untuk menyerang musuh di kawasan tanah rendah kerana bentuk fizikal di kawasan pergunungan telah melatih stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan musuh di persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir di kawasan perairan kerana mereka tidak pandai dalam perihal mengendalikan pengangkutan air.



Selepas kedatangan Rajah Brooke, kehidupan dan budaya masyarakat serba sedikit telah berubah. Rajah Putih menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa yang sangat jahil kerana budaya mereka yang suka minum minuman keras di samping suka memenggal kepala musuh. Maka dengan itu, Rajah Brooke telah menyebarkan satu fahaman agama kepada masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama Kristian dan sehingga kini hampir keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang menganuti agama Kristian.

1 ulasan:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 4D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


Catat Ulasan