Rabu, 28 Julai 2010

Budaya Masyarakat Chetti Melaka

Mengayuh Beca merupakan sumber rezeki masyarakat Chetti Melaka

Gadis Chetti Melaka gemar memakai baju kebaya


"Kain Batik kepala dua,
Pakai mari si Nyonya Melaka,
Sanggul cantik berisi bunga,
Pakai mari perempuan Chitty Melaka."

Ramai masyarakat Malaysia kini semakin melupakan masyarakat Hindu Peranakan di Melaka yang bergelar Chetti Melaka. Masyarakat ini merupakan masyarakat yang unik bermula dari sejarah kedatangan India ke Melaka dan kebudayaan mereka. Dikatakan masyarakat ini walaupun berbangsa India namun keseluruhan cara hidup mereka banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu. Hal ini kerana proses asimilasi budaya Melayu Melaka telah menyerap dalam kehidupan para imigran seperti Cina dan India pada zaman penjajahan dahulu. Oleh itu, wujudlah etnik-etnik seperti Baba-Nyonya dan Chetti Melaka ini.



Chetti Melaka ini banyak menyerap kebudayaan Melayu kerana budaya mereka lebih menampakkan bahawa mereka mengamalkan cara hidup Melayu terutama dalam aspek berpakaian dan amalan permainan tradisional. Satu kajian penulis berita harian, Azrul Affandi Sobry mengatakan bahawa krew mereka amat kagum dengan semangat kemelayuan yang tinggi di kalangan masyarakat ini dalam membudayakan budaya Melayu. Selain mahir bermain permainan tradsional, golongan wanita chetti ini suka menari tarian Melayu yakni joget ronggeng dan joget lambak. Kepakaran dalam kesenian ini telah menandingi orang Melayu itu sendiri apabila melihat gerak tari dan formasi mereka yang begitu mantap dan tiada celanya. Maka dengan itu, Jabatan Kebudayaan Melaka telah membuka jalan kepada golongan wanita ini untuk terus bergiat dalam bidang seni tari ini dengan menghantar dua jurulatih tarian, khusus untuk membantu mereka dalam latihan mingguan. Golongan wanita Chetti ini juga gemar memakai baju kebaya seperti juga kaum Baba-Nyonya. Hal ini menyebabkan mereka saling tak tumpah seperti orang Melayu.

Uniknya, masyarakat ini amat mahir bermain permainan tradisional seperti pukul belanga, tenteng, ketak ketuk, galah panjang dan congkak. Namun, permainan congkak merupakan permainan yang menjadi kegemaran masyarakat ini kerana dalam setiap rumah, kayu congkak merupakan asksesori wajib. Permainan congkak juga akan dimainkan setiap kali ada keramaian di kuil. Hal ini merupakan kebanggaan orang Melayu kerana permainana tradisional orang Melayu telah dilestarikan oleh kaum ini. Maka dengan itu, kaum ini dikatakan berjiwa Melayu kerana kebudayaan yang mereka pamerkan ini.

Selain budaya kesenian, budaya kerja masyarakat ini juga menampakkan bahawa mereka merupakan masyarakat yang tradisional. Hal ini kerana, masih terdapat masyarakat ini yang menjalani kehidupan harian dengan bekerja sebagai pengayuh beca di Bandar Melaka, dan membuat barang kraf tangan seperti membuat layang-layang, ukiran kayu, dan terompah.

(Sumber : Berita Harian, Julai 16 2010
Generasi Muda Mahir Permainan Tradisional, Minat Selami Warisan Budaya)




2 ulasan:

seri panggung berkata...

ermmmm....susuri bagaimana asal usul chetti melaka dan bagaimana proses asimilasi berlaku..bukan amik dr sumber jer tapi kurang analisis pengkaji...aja..aja..fighting!

Florence James berkata...

ok puan...
andai masa itu megizinkan...

Catat Ulasan