Rabu, 11 Ogos 2010

Tikar Pandak Negeri Sembilan


Tikar pandak merupakan tikar mengkuang yang paling awal dicipta di Negeri Sembilan. Tikar pandak ini merupakan satu hasil kesenian yang masihb bertahan di Negeri Sembilan sehingga kini. Selain menjadi barang keperluan dan perhiasan dinding rumah, tikar pandak digunakan semasa majlis perkahwinan, pertunangan, dan adat istiadat masyarakat Melayu Negeri Sembilan, terutamanya yang mengamalkan adat pepatih.


Terdapat dua jenis Tikar Pandak , iaitu yang berbentuk segi empat panjang dan segi empat tepat. Tikar pandak dihiasi dengan pelbagai awan larat atau motif supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. bahagian atas Tikar Pandak pula ada yang berlapis sehingga dua atau tiga tingkat (bertingkat-tingkat).


Dlama majlis perkahwinan di Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih , Tikar Pandak ini memainkan peranan yang amat penting. Semasa majlis akad nikah, pengantin lelaki akan duduk di atas tilam kecil yang beralaskan Tikar Pandak yang berbebtuk segiempat panjang. Penggunaan tikr pandak juga diwajibkan dalam setiap majlis beradat yang diadakan oleh pihak istana.

Antara motif yang ada pada Tikar Pandak ialah motif yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna. Motif bunga merupakan motif yang paling popular dan disukai kerana motif ini kelihatan begitu menarik dan sesuai dijadikan perhiasan dinding. Antara bunga yang dijadikan motif dan corak ialah bunga cempaka, telepok, kekwa, cengkih lawang, dan alwi ayam. selain motif bunga, motif tampuk buah manggis dan pucuk rebung turut menjadi pilihan.

Tikar pandak menjadi warisan turun temurun oleh pengamal adat pepatih Negeri Sembilan khususnya. Tikar pandak ini tidak akan luput ditelan zaman sekiranya warisan ini diketengahkan.

(Sumber : Dewan Budaya, julai 2007, Penulis : Shedah)

0 ulasan:

Catat Ulasan