Para penari dan pelakon biasanya menghias diri sendiri. Watak utama Pak Yong mengenakan kostium khas dengan memakai mahkota kain baldu, sampin la dada, pending dan tersisip sebilah keris di pinggang. Peran, watak kelakar akan mengenakan pakaian aneka warna dan fesyen mengundang ketawa penonton. Bangsal atau panggung dibina beratap tanpa dinding agar dapat ditonton dari semua penjuru. Orkestranya disusun dengan pemain rebab di sebelah Timur berhampiran tiang seri bangsal bagi membolehkan pelakon menghadap ke arahnya sewaktu tarian pembukaan yakni (Menghadap Rebab). Pemuzik lain boleh duduk sebaris dengan perebab, mengikut k
esesuaian. Peralatan orkestra yang lain termasuklah sepasang gong (tetawak), geduk, gendang, canang, kesi dan serunai. Seikat rotan bera perlu untuk seorang pelakon Pak Yong, Mak Yong, menteri atau raja tertentu. Golok-golok dibuat daripada papan dibelah dua bahagian tengah atau mata (untuk menguatkan bunyi jika memukul) sebagai kegunaan peran sepanjang penampilannya.
Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling. Dimulakan dengan acara
~Buka Panggung
~dikuti dengan bertabuh,~Menghadap Rebab,
~Sedayung Pak Yong, Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung Panggil Awang),
~Berkhabar,
~Ello atau Wok dan seterusnya sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan.
~Persembahan di tamatkan dengan Tutup Panggung.
Terdapat tidak kurang daripada 50 buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya semakin berkurangan.
Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita Mak Yong namun, hanya 12 cerita yang sering dipentaskan. Cerita berkenaan termasuklah; Dewa Muda, Bongsu Sakti, Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Dewa Pecil, Raja Muda Lakleng, Raja Besar Ho Gading, Anak Raja Panah Dewa Indera - Indera Dewa, Raja Muda Laksana, Bedara Muda dan Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Bongsu Sakti)
Cerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya. Adab berhadapan dengan raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh dibawa bergurau. Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat walaupun ada kalanya mereka dungu. Kerja raja (kerajaan) hendaklah diutamakan (dijunjung) dahulu daripada urusan sendiri (dikelek) sesuai dengan etika perkhidmatan penjawat awam. Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat bala atau musibah.

0 ulasan:
Catat Ulasan